Tuesday, February 1, 2011

Ketupat Daun Palas

Selamat tengahari .... Hmmm tak habis lagi iter pasal negeri Cik Siti Wan Kembang... hari ni nak citer sket mengenai ketupat daun palas... Tak sabar nak tunggu raya makan. Tapi masa kat Kelantan jumpa plak dengan ketupat ni. Dah tak payah tunggu raya, la pun boleh makan.. Jom citer sket mengenai ketupat daun palas..

Namun ramai yang tidak mengetahui iaitu ketupat daun palas mempunyai dua jenis balutan iaitu balutan secara biasa iaitu segi tiga dan satu lagi dikenali sebagai ketupat mandi. 

   KETUPAT MANDI
Di kalangan penduduk Utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.

KETUPAT DAUN PALAS
Ia enak dimakan rendang ayam mahupun rendang daging. Jom kita tinjau cara menyediakannya...


Bahan-Bahan:  
1 gantang beras pulut susu
3 helai daun pandan
4 biji buah kelapa atau 3 kilo santan kelapa
Daun palas secukupnya 
Cara:
Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan daun pandan serta sedikit garam, kacau sampai mendidih.
Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.
Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.
Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.
Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.

Selamat mencuba....


No comments:

Post a Comment