Thursday, February 24, 2011

NASI AYAM KAMPUG PISANG

NASI AYAM KAMPUNG PISANG
Minggu ini berkesempatan pulang kehalaman kampung. Dek pokok padi asyik melambai-lambai dalam mimpi, makanya cek pun segera pulang.... Bestnya mata memansang kehijauan negeri tempat lahirku... Wahhhhh bermadah pujangga plak... Dah lama tingin nak masak nasi ayam buatan air tangan sendiri.... cewahhhhhh...

Berbekalkan bertanya kekandaku tercinta dan melihat Ibu Cah memasak nasi ayam, hari ni cabaran disahut iaitu bermulah cheritera buat pertama kalinya Cek Liza masak nasi ayam kat Kampung Pisang.... Percaya tak gambar dibawah ini?????????? Itulah hasilnya.... setelah cek sendiri berperang dengan bara dan asap untuk membakar ayam... gatai sangat nak membuat pembakaran ni... kalau rebuskan je senang keja...


AYAM BAKAR

SUP
SOS KICAP
SOS CILI
takpe... Hasilnya berbaloi.... nyum....nyum...nyumm... jangan jeles arrrrrrrrr.... Dengan rajinnya hantarlah pada jiran tetangga, maka ramai lah memuji.... kembangnya setaman jap...wahhhh... perasan lak sowang2.. Jom la kita cek cara buatnya.. :)


BAHAN-BAHAN NASI:

½ kg beras
¾  tin susu cair 
5 ulas bawang putih[ketuk] 
2 inci halia [ketuk] 
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 
2 helai daun pandan[disimpulkan] 
2 kiub ayam


BAHAN-BAHAN AYAM:
1 ekor ayam belah 6
7-10 tangkai Cili kering
2 inci halia
2 ulas bawang besar
Sos tiram
Kicap pekat
Madu
Lada hitam
Garam

SAYURAN 

Daun salad 
timun 
tomato 
daun sup & daun bawang[racik] 
bawang goreng 
garam secukupnya 



SOS CILI
10 biji cili merah 
2 ulas bawang putih 
2 s/b cuka atau jus limau nipis 
gula & garam secukupnya 



CARA MASAK NASI:
1. Tumis halia, bawang putih, k.k.manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga. 
2. Masukan air dan kiub ayam. Sedikit serbuk kunyit. Masukan beras dan kacau rata. 
3. Masukan susu cair dan dau pandan. Masak dalam rice-cooker macam masak nasi seperti biasa.


CARA MASAK AYAM:
Perapkan ayam dengan madu + sos tiram + kicap pekat + lada hitam + cili kering kisar + halia +  garam secukupnya. Perapkan dalam 4 jam sekurang-kurangnya. Bakar atas bara api hingga masak.


CARA MASAK SUP:
Ambil bahagian tulang / leher / kaki ayam untuk dijadikan sup. Masak seperti sup biasa. Tambahkan daun sup + dau bawang + bawang goreng.

CARA MASAK SOS KICAP:
Ambil secawan sup tadi, masak bersama kicap cair dan sedikit sos tiram. Apabila ia mula pekat, tutup api.

CARA MASAK SOS CILI:
Kisar cili bersama bawang putiih dan tumis atas kuali. Masukan perahan air limau dan sedikit gula. Boleh tambah sos segera untuk memekatkannya. 

Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

NASI AYAM KAMPUNG PISANG

No comments:

Post a Comment