ROTI KIRAI @ JALA |
Petang-petang begini berkesempatan membuat Roti Kirai atau kebanyakkan orang Malaysia panggil Roti Jala. Entah kenapa kerajinan diri tahap melampau, maka terbitla cheritera mengirai atau menjala roti.... Roti Kirai banyak dikenali oleh Orang utara di bahagian pendalaman. Tak banyak anak remaja tau pasal nama-nama nih sekarang. Sedih... Wahhhhh, tetiba... Melalut jer pepetang ni... Jom tengok resepi...
BBAHAN-BAHAN ROTI JALA:
BBAHAN-BAHAN ROTI JALA:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
- Campur semua bahan di atas hingga sebati dan tidak berketul, tapis adunan. Pastikan
adunan tidakterlalu cair, kalau nampak cair, tambah sedikit tepung.
- Tutup dan simpan setengah jam, kemudian baru dijala menggunakan acuan di atas pan
leper yang disapu minyak. Gunakan api kecil.
- Titikkan sikit minyak, dengan guna daun pandan (potong 3-4 helai daun pandan, ikat
macam berus kecil )
macam berus kecil )
- Bila adunan masak, ( lebih kurang 1 minit ), angkat dan GULUNG.
BAHAN-BAHAN KARI AYAM
BAHAN A
1/2 ekor ayam - potong 16
5 biji kentang - potong KECIL
2 biji lobak merah
BAHAN B
3 cm kulit kayu manis
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
BAHAN C
1 cawan santan
3 sudu besar air asam jawa
garam secukup rasa
* sedikit minyak masak
* 1 1/2 peket rempah kari + secawan air = kacau rata
CARA PENYEDIAANNYA:
- Panaskan minyak, masukkan bahan B hingga terbit bau, kemudian tambah rempah kari
yang dibancuh dengan sedikit air.
- Tunggu sampai pecah minyak. Kacau rata dan biar menggelegak hingga rempah masak.
- Tambahkan air dan kentang serta lobak merah. Bila kentang separuh masak, masukkan
ayam. Gunakan api sederhana sampai ayam masak.
- Masukkan bahan C. Biar menggelegak dan pekat sikit sebelum tutup api.
Tapi yang peliknya kenapa orang kita panggil ia 'ROTI'?????? kompius sebentar..... Munkin orang-orang Melayu dulu, selain kuih baulu yang sedap itu, ini munkin masa jajahan omputih bawa resepi roti, maka kita nak tumpang sekaki, kita pun letakla namanya Roti.... tapi ada gak orang panggil ia Kuih... atau cek yang tersalah maklumat.... Apa-apa pun selamat mencuba ye..
No comments:
Post a Comment