Sunday, June 26, 2011

dOnut da bOmmmmb...

dOnut

sLamat petangggggg.... hari ni sangat-sangatttttt teruja nak buat dOnut.... dah lama beli barang-barang nak buat donut tapi tersebutla cheriteranya uLat-ulatku telah hilang.... ntah la mana pi larinya ulat-ulat tu..... oh ulat-ulat adalah bersamaan dengan yis.... hehhehehee... nampak donut cek tu yang tembam ala-ala tuannya gak.... hahahahha...

dah ada semua barang ni, bemula la aktiviti buat donut..... hahahhaha.... dan hasilnya macam ni haaaa.....

adunan ku yang mengembangggggg...

dibentukan....

siap digorenggggg...


walaupun tak bapa nak lawa donut tu..... tapi amat mengagumkan hasillnya.... wah puji diri-sendiri plak.... hahahhaha... jom kongsi resepi......

Bahan-Bahannya:
  •    1/4 cawan air suam
  •    1 1/2 cawan susu segar (pada suhu bilik)
  •   1/2 cawan gula halus
  •    1 sudu kecil garam
  •     2 biji telur
  •     1/3 cawan shortening/butter
  •     5 cawan tepung gandum
  •     Minyak 
     Cara -Caranya:
  1.   Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk, biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2.  Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening dan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tutup mangkuk dengan kain lembab.
  3. Canaikan doh tadi. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  4. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  5.   Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan.
  6.  Toskan minyak.
  7.  Setelah sejuk bolehla digaulkan dgn gula.