BAHAN-BAHAN NASI GORENG:
· Nasi secukupnya ( untuk makan 2 orang
· 1/4 labu bwg besar - dimayang sedikit
· 1/2 Sudu Serbuk pati ayam
· 2 Sudu minyak utk menumis
· 50gram Cili Kering (dikisar)
CARA PENYEDIAAN :-
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi , masukkan cili kering, masukkan nasi, serbuk pati ayam (tanpa MSG).
BAHAN -BAHAN PAPRIK AYAM :
· Daging ayam secukupnya (dipotong kecil-kecilan)
· Sotong /udang (Jika ada)
· 2 ulas bwg putih - dicincang
· 1 ulas bwg merah - dicincang
· 2-3 biji cili api - dipotong
· 1/4 labu bwg besar - dipotong
· 3 Batang Kacang panjang - dipotong
· 1 lobak merah - dipotong
· 50gram bunga kobis
· 2 helai daun limau purut
· 1 Sudu Bancuhan Tepung Jagung
· 2-3 sudu besar cili giling
· 2 sudu besar sos tiram
· 2 sudu besar sos cili/tomato
· Garam dan gula serta minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili padi hingga wangi.
2. Masukkan ayam/ sotong/udang - goreng sampai masak
3. Masukkan sos/cili giling dan sayuran seperti kacang, bunga kobis, carrot.
4. Masukkan daun limau purut
5. Tambah sedikit air jika ingin berkuah
6. Masukkan bancuhan tepung jagung & baki sayur-sayuran yang lain
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Hidang bersama nasi goreng yang telah disediakan.
No comments:
Post a Comment