Saturday, January 29, 2011

Pulut Mangga Manis

Hujung minggu ketiga bulan di Januari, Cek habiskan masa selama empat hari di timur tanah air di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Hmmm, negerinya tetap aman dan makmur dan rakyat jelatanya selesa dengan negeri kelahiran mereka. Tidak banyak yang berubah namun cuacanya amat baik sekali jika berbanding dengan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sopan-santun dan kecomelan dan masyarakat sekelilingnya menambat hati Cek... Dengan pengaruh budaya Siam, tidak hairan wajah gadis-gadis Kelantan amat comel-comel dan putih bersih.

Dengan sebab itu juga cara pemakanan rakyat Kelantan dipengaruhi dari Siam atau Thailand. Selama empat hari, satu menu yang tak boleh Cek lepaskannya iaitu Pulut Mangga Manis. Sangat sedap dan terasa dangan lemak santan, manis magga, dan beras pulut yang sangat cantik teksturnya.


Jom kita tinjau cara membuatnya....


Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 250gram beras pulut
  • 250ml santan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji mangga masak (dihiris)
Cara-cara
  • Rendam beras pulut semalaman
  • Kukus beras pulut hingga masak ( 25 minit )
  • Kemudian, masukkan pulut yang sudah masak ke dalam bekas dan campurkan santan bersama dengan gula dan garam. gaul hingga rata
  • Kukus sekali lagi hingga gula meresap ke dalam pulut
  • Alihkan beras pulut ke dalam bekas dan campur dengan santan. gaul rata
  • Kukus sekali lagi untuk seketika hingga masak
  • Siap untuk dihidang dengan mangga manis

PULUT MANGGA MANIS



No comments:

Post a Comment