Saturday, February 26, 2011

KUEY TEAW HAILAM

KUEY TEAW HAILAM

Hari ni tak berkesempatan nak masak sangat kerna terlalu banyak benda kena diuruskan... pulak tu berurusan dengan bank.... panjang punya citer.... balik jer umah... pikiran ni nak akan cepat dan yang masih panas-panas ketika dalam tekak.... teringat pagi tadi sempat ke pasar tani, bersiar-siar jer. Pasar tani pun boleh tahan je harganya sekarang, mahal!!! tak macam dulu lagi... Paling mudah hari ni cek goreng-goreng jer bak kata orang-orang berkerjaya di banadar metropolitan masak main campak-campak jer.... 

MAKAN DITEPIAN SUNGAI


BAHAN-BAHAN:

Kuey teow sebungkus
Udang 
Ayam
Sawi
Tomato
Sos tiram
Kicap
1 sudu kecil lada hitam(tumbuk kasar)
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
3 ulas bawang putih (ketuk dan cincang)
2 biji telur ayam 
5 biji lada dihiris
3 keping tauhu
Garam

CARA-CARANYA:

1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan ayam + udang + sotong. Agak-2 garing masukkan air.
3. Masukkan sos tiram,garam,kicap.Kacau sebati dan masukkan sayur yang keras.
4. Masukkan lada merah dan lada hitam.Biarkan kuah mendidih sekejap.
5. Masukkan sayur sawi,tauhu dan  pecahkan telur dalam kuah tadi.
6. Biarkan mendidih sebentar atau sehingga sawi layu dan masukkan bancuhan tepung   

    jagung ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
7.Masukkan kuey teaw, perlahan api, kacau rata, tutup api. Siap untuk dihidangkan..


Friday, February 25, 2011

NASI PUTIH & IKAN GORENG & KANGKUNG MALANG

Pepagi tadi dah pekena ubi kayu rebus... tengahari pulak tak tau nak makan apa. pewot masih kenyang... buka peti ais ternampak 3 ekor ikan merah sedang membekukan dirinya... ternampak plak kat belakang umah kangkung liar yang idup subur tanpa hangguan manusia.... bermula lah cheritera kangkung malang pada hari ini kerna cek telah kutip dan selamat atas kuali..... kah kah kah.... ini lah hasilnya..


Nampak jer simple tapi bila kombinasi nasi putih yang masih panas + sambal belacan yang pedas itu + ikan  goreng yang garing + kangkung malang goreng..... perggghhhhh.... tak payah kari / sambal. ni pun dah cukup bagus gred A bagi pewot melayu macam cek ni.... :) 



SELAMAT MENJAMU MATA YE KENGKAWAN SEMUA......... RESEPI SENANG JER.....


UBI KAYU FREE


Selamat pagi Malaysia.... Bangun pepagi ni pewot lapaq jer terutama bila kat kampung ada jer idea nak makan itu ini.. tengok kat belakang umah atas pelantar, ternampak beberapa ketul yang agak besar iaitu ubi kayu terdampar elok pengsankan dirinya. Daripada ia terus berjemur matahari yang takkan hitam kulitnya, kah kah kah, makanya cek pi kupas kulit, cuci dan rebus.


Malas nak buat sambal, makan dengan kelapa parut pun jadilah. itupun dah kira nikmat tau bila sesekali jumpa. dah pakai kasut nak nek moto pi kedai, mak kat belakang bising. Dia cakap buah nyiuq belambak atas pokok. kait dan kupas la. katanya! nak jadikan citer, mak pun kait, dengan kudrat sendiri mak kukur nyiuq tu.... Wah teringat dulu-kala....


Pokok nyiuq yang masih berkhidmat pada kami sekeluarga, tapi mula berbuah buat pertama kalinya pada tahun lepas dan berkesempatan makan hasilnya pada Hari Raya Puasa tahun lepas.....


tak payah sangat nak masak ni. Cuma rebus ubi + air + garam. tunggu sampai empuk.. kelapa diparut dan dicampur sikit garam + gula... dah siap boleh dimakan, Enak dimakan egitu saja tau.....

Thursday, February 24, 2011

NASI AYAM KAMPUG PISANG

NASI AYAM KAMPUNG PISANG
Minggu ini berkesempatan pulang kehalaman kampung. Dek pokok padi asyik melambai-lambai dalam mimpi, makanya cek pun segera pulang.... Bestnya mata memansang kehijauan negeri tempat lahirku... Wahhhhh bermadah pujangga plak... Dah lama tingin nak masak nasi ayam buatan air tangan sendiri.... cewahhhhhh...

Berbekalkan bertanya kekandaku tercinta dan melihat Ibu Cah memasak nasi ayam, hari ni cabaran disahut iaitu bermulah cheritera buat pertama kalinya Cek Liza masak nasi ayam kat Kampung Pisang.... Percaya tak gambar dibawah ini?????????? Itulah hasilnya.... setelah cek sendiri berperang dengan bara dan asap untuk membakar ayam... gatai sangat nak membuat pembakaran ni... kalau rebuskan je senang keja...


AYAM BAKAR

SUP
SOS KICAP
SOS CILI
takpe... Hasilnya berbaloi.... nyum....nyum...nyumm... jangan jeles arrrrrrrrr.... Dengan rajinnya hantarlah pada jiran tetangga, maka ramai lah memuji.... kembangnya setaman jap...wahhhh... perasan lak sowang2.. Jom la kita cek cara buatnya.. :)


BAHAN-BAHAN NASI:

½ kg beras
¾  tin susu cair 
5 ulas bawang putih[ketuk] 
2 inci halia [ketuk] 
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 
2 helai daun pandan[disimpulkan] 
2 kiub ayam


BAHAN-BAHAN AYAM:
1 ekor ayam belah 6
7-10 tangkai Cili kering
2 inci halia
2 ulas bawang besar
Sos tiram
Kicap pekat
Madu
Lada hitam
Garam

SAYURAN 

Daun salad 
timun 
tomato 
daun sup & daun bawang[racik] 
bawang goreng 
garam secukupnya 



SOS CILI
10 biji cili merah 
2 ulas bawang putih 
2 s/b cuka atau jus limau nipis 
gula & garam secukupnya 



CARA MASAK NASI:
1. Tumis halia, bawang putih, k.k.manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga. 
2. Masukan air dan kiub ayam. Sedikit serbuk kunyit. Masukan beras dan kacau rata. 
3. Masukan susu cair dan dau pandan. Masak dalam rice-cooker macam masak nasi seperti biasa.


CARA MASAK AYAM:
Perapkan ayam dengan madu + sos tiram + kicap pekat + lada hitam + cili kering kisar + halia +  garam secukupnya. Perapkan dalam 4 jam sekurang-kurangnya. Bakar atas bara api hingga masak.


CARA MASAK SUP:
Ambil bahagian tulang / leher / kaki ayam untuk dijadikan sup. Masak seperti sup biasa. Tambahkan daun sup + dau bawang + bawang goreng.

CARA MASAK SOS KICAP:
Ambil secawan sup tadi, masak bersama kicap cair dan sedikit sos tiram. Apabila ia mula pekat, tutup api.

CARA MASAK SOS CILI:
Kisar cili bersama bawang putiih dan tumis atas kuali. Masukan perahan air limau dan sedikit gula. Boleh tambah sos segera untuk memekatkannya. 

Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

NASI AYAM KAMPUNG PISANG

Tuesday, February 22, 2011

KUIH CARA MANIS

KUIH CARA MANIS
Tetiba pepetang macam ni, terasa nak makan sesuatu yang manis, maka nak jadikan chiretera nusantara pepetang macam ni, Cek pi ke dapoq, nampak bekas buat kuih baulu, tapi yang keluaq dari sarang itu ialah Kuih Cara Manis...... wahhhhhhhhh, sedap tekak ni pekena plak ngan teh susu... Memang nak menempah penyakit je nih.... Keh keh keh.... Malas nak mengomel pepanjang, kita tengok resepi ye adik kakak abang makcik semua ye... adaka?

.YUMMYYYY.

BAHAN-BAHAN:


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 biji telur
sedikit air daun pandan (kisar) /pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya



CARA-CARANYA:


Panaskan acuan khas atau acuan membuat kuih baulu diatas dapur.

Daun pandan di kisar dan tapis, ambil airnya.
Kemudian campurkan dengan tepung gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan, tetapi perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

Angkat dan boleh lah lekatkan macam couple gitu.....


Monday, February 21, 2011

ROTI KIRAI vs. JALA IBNI KARI AYAM

ROTI KIRAI @ JALA

Petang-petang begini berkesempatan membuat Roti Kirai atau kebanyakkan orang Malaysia panggil  Roti Jala. Entah kenapa kerajinan diri tahap melampau, maka terbitla cheritera mengirai atau menjala roti.... Roti Kirai banyak dikenali oleh Orang utara di bahagian pendalaman. Tak banyak anak remaja tau pasal nama-nama nih sekarang. Sedih... Wahhhhh, tetiba... Melalut jer pepetang ni... Jom tengok resepi...


BBAHAN-BAHAN ROTI JALA:

2 cawan tepung gandum 

2 cawan air 

1 biji telur 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
1/2 sudu kecil garam 

-  Campur semua bahan di atas hingga sebati dan tidak berketul, tapis adunan. Pastikan 
   adunan tidakterlalu cair, kalau nampak cair, tambah sedikit tepung. 
- Tutup dan simpan setengah jam, kemudian baru dijala menggunakan acuan di atas pan 
   leper yang disapu minyak. Gunakan api kecil. 
- Titikkan sikit minyak, dengan guna daun pandan (potong 3-4 helai daun pandan, ikat    
   macam berus kecil ) 
- Bila adunan masak, ( lebih kurang 1 minit ), angkat dan GULUNG. 


BAHAN-BAHAN KARI AYAM 

BAHAN A 

1/2 ekor ayam - potong 16 
5 biji kentang - potong KECIL 
2 biji lobak merah 

BAHAN B 
3 cm kulit kayu manis 

3 biji buah pelaga 

3 biji bunga cengkih 
1 kuntum bunga lawang 
2 tangkai daun kari 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia 

BAHAN C

1 cawan santan 

3 sudu besar air asam jawa 

garam secukup rasa 

* sedikit minyak masak 

* 1 1/2 peket rempah kari + secawan air = kacau rata 

CARA PENYEDIAANNYA:


-  Panaskan minyak, masukkan bahan B hingga terbit bau, kemudian tambah rempah kari 
   yang dibancuh dengan sedikit air. 

- Tunggu sampai pecah minyak. Kacau rata dan biar menggelegak hingga rempah masak. 

- Tambahkan air dan kentang serta lobak merah. Bila kentang separuh masak, masukkan 
   ayam. Gunakan api sederhana  sampai ayam masak. 

-  Masukkan bahan C. Biar menggelegak dan pekat sikit sebelum tutup api. 

Tapi yang peliknya kenapa orang kita panggil ia 'ROTI'?????? kompius sebentar..... Munkin orang-orang Melayu dulu, selain kuih baulu yang sedap itu, ini munkin masa jajahan omputih bawa resepi roti, maka kita nak tumpang sekaki, kita pun letakla namanya Roti.... tapi ada gak orang panggil ia Kuih... atau cek yang tersalah maklumat.... Apa-apa pun selamat mencuba ye..

Saturday, February 19, 2011

PASAR KARAT KUANTAN

Suasana sejuk menyelubungi bandar Kuantan... Pagi-pagi lagi dah bangun sebab ada kerja perlu ditunaikan.. celah-celah tu plak, berkesempatan melarikan diri menuju ke Pasar Karat berdekatan ngan Masjid Negeri Kuantan, sebelah padang bola. Kata orang tempatan disitu pasar karat ni dibuka hampir setiap pagi... 

Namun tak ramai peniaga... yang bestnya barang Siam ni tak terkecuali. Hairan bin ajaib betoi barangan Siam ni, dari utara semenanjung sampai pantai timur malah di Singapore juga belambak ngan barangan Siam!!! Rasa menyesal lak, sebab cek ada bekenan satu seterika panas ngan bekas celak mata... Sungguh antik dan cantik. tapi tak beli... itu maknanya kena pi lagi... Mwahahhahahaa.... Jom cek tunjuk beberapa keping yang sempat diambil...

RUGI TAK BELI
  
SENJATA-SENJATA KECIL 

SUDU TEMBAGA TU YANG CANTIK

PEDANG LAMA

SEMPUA DIBELI KEKANDAKU

ASAM MANIS

Yang ni jer sempat dibeli dari Kuantan ialah sempua... itupun cek punya kekanda yang beli. Katanya, anaknya kena guna sempua belajar kat sekolah, anaknya masuk sekolah Cina... Asam manis tu sukar dicari lagi buat masa kini. Cek pun jumpa masa time kecik-kecik jer... tetiba jumpa kat Kuantan, apa lagi belilah, kerana dalam pikiran ingin membuat Kek Asam Manis. Inshallah kalau berkesempatan membakar, nanti cek letak kat sini. ok







Friday, February 18, 2011

KEMAMAN KOPITIAM

Salam semua, walaupun tak ramai... hujung minggu ni berada di Kuantan, Pahang untuk satu kerja yang harus dilaksanakan... Berada betol-betol ditengah bandar Kuantan.. Rasenya tak dapat kemana pun, kerana (maaf ye orang-orang Kuantan) tak de tempat yang menarik hendak dituju... Gerai makan pun tak meriah sangat.... 

Cuma berkesempatan menuju ke Pasar Karat berdekatan dengan terminal bus Kuantan, tapi tak banyak barang yang menarik, alih-alih barang-barang Siam jer dijual... Di malam hari puas berjalan bertawaf berdekatan hotel, cuma restoren ni jer yang dijumpai... Alhamdulillah nasib sedap... Atau lapar? :)

TEH TARIK DANGDUT

WHITE COFFEE

TOM YAM MEE

KEMAMAN KOPITIAM

Menarikkan dekorasi dalam kedainya... White Coffee tu cek yang order. Memang terangkat. Kalo nak tau citer, seumur hidup cek ni tak penah minum kopi, tambah2 lagi sampai secawan, tapi sekali dah kena, macam nak lagi jer.. memang tak dapat dilupakan. Teh tarik dangdut tu pun ok.. Tapi kedai ni memang menarik dengan dekorasinya.. ala-ala kedai kopi cina dulu-kala... 

Saturday, February 5, 2011

PENAMBANG NASI GORENG KAMPUNG

Salam pagi untuk semua.... hahahhaha... hari ni senang hati sket sebab berada di suatu tempat yang menyejukkan hati... Makanya, makanan pun boleh mengembangkan badan la weiiiiiiii.......... Pagi-pagi lagi dah dapat makanan yang best walaupun simple tapi sodap I tell you... Tu dia Penambang Nasi Goreng Kampung...

Awat namanya sebegitu rupa? Ntahlah cek dah berkenan dengan sowang mamat ni dari daerah Penambang... Makanannya pun ada cop Penambang... Tertarik sungguh cek ni dengan nama Penambang...   Adalah masakan dari air tangan Ibu Cah... Maaf ye kalau tersilap eja nama... Ap-apa pun sedap... :) 

PENAMBANG NASI GORENG KAMPUNG
 
Kalo tengokan telor mata tu yang tak tahan tu. Cek ni kalau ada teloq tu, siap leh berebut lagi dgn si dia.... hahahhaha... sebab teloq tu jer leh jadi macam2 hal... Ngeh ngeh ngeh.... Hidang plak ngan teh o panas, lagi best pagi-pagi dah ujan plak... sedapnya pewot ni... Jangan bebel la pepagi ni!!!!!!  Jom kita tanya Ibu Cah resepi ni...

BAHAN-BAHANYA:

  • 4 biji Lada hijau*
  • 4-7 biji Cili Padi* (bg yang suka pedas)
  • Bawang besar*
  • Belacan secukupnya*
  • Segenggam Ikan Bilis*
  • Nasi putih (wajib)
  • 2 biji Telur ayam 
  • Sebiji labu Bawang besar
  • 2-3 biji ulas Bawang Putih
  • Sawi
  • Sayur campur
  • Garam
           *(semua bahan dikisar)

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga harum baunya...
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi. Tambahkan air sedikit.. Masak hingga Lada masak sepenuhnya.
  3. Masukkan batang sawi. Tambah pula dengan sayur campur.
  4. Masukkan nasi, Balik-balikan dan masukkan dua biji telur ayam.
  5. Masukkan daun sawi.
  6. garam secukup rasa.
  7. Siap dihidang 
Makan sementara masih panas-panas. Walaupun dalam nasi tu tu dah ada telor, tapi lagi sedap ditambah teloq mata diatasnya. Pekena plak dengan teh O panas. Terangakat....... Selamat mencuba ye....



Friday, February 4, 2011

Keturunan Rempah-Ratus

Hari ni Cek teringat suatu ketika dulu mula-mula nak belajar memasak. Lagi-lagi kalau nak masak kari. Puas tanya Mak mengenai biji-biji rempah yang perlu digunakan kalau nak masak kari ataupun orang utara panggil gulai. Tapi sekarang dah terror sket walaupun tak terhafal semuanya… Ngej ngeh ngeh..

Sejarah sket.. Antara persoalan kedatangan rempah ratus ke Tanah Melayu adalah berhubungkait dengan persoalan kedatangan Islam di Alam Melayu. Sekurang-kurangnya terdapat tiga (3) kemasukan @ kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Pertama, Islam itu datang daripada India. Kedua, Islam itu datang daripada China. Dan ketiga, Islam itu datang daripada Arab/Parsi.

Tidak hairanlah, masakan di negara kita kini dipengaruhi oleh ketiga-tiga buah negara tersebut. Maka sebab itulah, contohnya kalau ada yang perasan masakan kari daging diletakkan kentang. Padahal kentang adalah berasal dari barat. Kerana Tanah Melayu pernah ditawan oleh Portugis sekitar 1511… Macam cikgu plak hari ni…. 

Jom kita kenai dengan rempah-ratus yang ASAS (biasa dlm masakan orang Melayu / India), penting buat anak remaja kini yang tak reti-reti lagi malah ada yang tak tau pun hinggakan ada yang berkahwin pun…. Cek pun muda lagi….

 
1.KETUMBAR (CORIANDRUM SATIVUM L.)
Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.
nama cina : Yan Shi, Fan Yan Sui, Yuen Sai, Wan-Swee (herb), Hu Sui (fruits)
nama Inggeris : Coriander, Chinese Parsley, Indian Parsley (herb)
Tamil : Kottamalli
 
2. JINTAN MANIS
Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan.
nama Cina : Xiao hue Xiang, Wooi heung, Hui xiang, Xiaohuixiang
nama Inggeris : Fennel
Indonesia : Adas Pedas
Tamil : sohikirai
 
3. JINTAN PUTIH
Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama.
 
4. HALBA
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;
cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam

5. BUAH PELAGA (Green Cardamon)
Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh.
6. BUNGA LAWANG (Adas China)
Rupanya seakan bintang dan berbau kuat. menjadikan masakan kari dan sup bertambah enak.
Cina : Ba Jiao, Pak kok, Baat gok
Hindi : Badayan, Anasphal
 
7. BIJI SAWI
Mampu mengubah rasa menjadi enak. Digunakan dalam masakan kari, acar dan asam pedas. Juga dikenali sebagai black mustard, brown mustard, Indian mustard.
  
8. LADA HITAM dan LADA PUTIH
Sering digunakan dalam masakan barat seperti stik. Lada hitam mempunyai rasa yang pedas dan panas serta mempunyai aroma yang lebih kuat berbanding lada putih. Juga dikenali sebagai black pepper, white pepper dan kali mirch.
9. KAYU MANIS
Selain digunakan sebagai rempah penumis dalam masakan kari, kayu manis juga sering digunakan untuk membuat kek atau hidangan pencuci mulut. Rasanya begitu mempengaruhi makanan. Juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Sri Lanka cinnamon, Illavangam.