Nak jadikan chiretera, cek ada beli satu girdil. kira murah je lah, rekemen oleh seseorang. Mula-mula nak beli brand SPANX tu sebab baca dari bloggers yg riview pasal SPANX sangatla memuaskan, tapi mahal sangat tapi taklah semahal Premium B sampai tercekik tulang kalo nak bayar.
So belilah kat hamba Allah ni yg berniaga online. cakap bukan main manis, bila tanya produknya memang terbaiklah, dan yg best murah! dah SUSPEN tu! ok takpe, kita cuba. tengah duit2 takde ni, belilah juga. So pagi tadi pi cek peti surat, dah agak dah, dapat notification dr abg pos suh pi ambik sendiri kat POST Opis @ Bangi! Adeh kat mana tu?
Terkedek-kedek la lepas asar pegi cari sekor-sekor, masuk jer jalan ke pekan Bangi, nampak mat motor bawa surat bebenyak aka posmen la tu! ikut dia dengan senang hati, tapi yg cek jejak adalah gudang diaorang! hampeh! Patah balik kuar terpusing-pusing, rupanya kat depan jalan masuk tadi jer. So pi lah kutip parcel yg dinanti-nanti kan.
Dah dapat, masuk keta, buka dekat situ jugak, so firasat hati 100% betul, makanya cek TERTIPU! Terbang duit lagi!!!! Adoi dah la tak de duit, pi beli barang, tertipu plak. macam nak marah jer akak tu jual barang aniaya org macam tu! tapi tak sampai hati, pasrah je lah....
Dah balik rumah, sampai pukul 8 malam gak lah, letih, makan n nak tido! Godek-godek la FB, ternampaklah status akak ni, anak lelakinya dan maknya naik moto kena langgar dgn kereta. Kesian dia. Tapi ada kesinambungan ke dengan cerita cek ni? Entahlah! Yang pasti, kita ni orang Melayu berbinkan Islam tahu hukum hakam halal haram, so nak berniaga tu, kalo produk tu murah, tak kisah tapi JANGAN MENIPU dalam memberi keterangan.... Duit untung yang anda dapat tak kemana dan lama pun boleh pegang! Silap-silap hilang macam tu jer, sebab duit tu bukan HAK anda sebenarnya.... Ingat-ingat.... Wallahu'alam.....
Meh cek bagi ceramah sikit, ingat-mengingati sesama Muslim :) (tak rugi pun)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 168)
Ayuh, mari kita lazimi produk halal Thoyyiba dalam kehidupan kita.
Makanan Halal, Membantu membentuk Keluarga bahagia, Masyarakat Sejahtera
Firman Allah SWT:
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.”
(QS Al-Maidah: 88)
Antara kebaikan kita melazimi yang halal dalam kehidupan seharian kita ialah, mustajabnya doa hamba itu.
Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.;
“Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”.
Lalu Rasulullah berkata kepadanya;
يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من السحت والربا فالنار أولى به (رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن عباس).
“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)