Hukum Lelaki Memakai Emas Putih
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki .
The Ruling Of Man Wearing White Gold
The 52nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st July 2002 has discussed the ruling of men wearing white gold. The committee has decided that men are prohibited from wearing white gold.
Keterangan/Hujah:
- Emas Putih adalah campuran logam emas dengan logam-logam lain dalam kuantiti yang berbeza-beza.
- Emas Putih adalah pancalogam yang berbeza dengan platinum walaupun dari segi warnanya sama iaitu putih. Hakikatnya logam platinum tidak mempunyai unsur emas.
- Jabatan Mufti Selangor telah memfatwakan bahawa hukum haram memakai emas putih sekiranya kandungan emasnya melebihi 50%.
Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah:
"halal buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
Dah baca fatwa tu? Ok nak info lanjut pi kat link atas tu, ok.....
Cek ingat nak suh Mr. Bambam beli cincin Platinum utk disarungkan waktu nikah nanti... Sebab cincin suasa mahupun emas putih adalah meragukan, jalan selamat adalah PLATINUM.... masalah platinum ni adalah ia sangatlah mahal berbanding emas kuning tau malah takde harga pun kalo juai balik.... Yang cek tau sebab Platinum tu mahal kerana cara pembuatannya amatlah sukar krn memerlukan relau untuk bakar bahan logam ni..... So, takkan nak bg Mr Bambam pakai SILVER??? Ish tak gamak la!!!!! Silver jer kasi, kalo dok tgh berpacaran bolehla bg Silver!!! Tapi tu lah, ada ka budget nak beli Platinum ni????
Adoi, dilemma plak.... Nanti kita pi survey la dgn budget yg ada, huhhuhuhuhuh......
No comments:
Post a Comment