Baru jer kejap tadi call dgn my tailor a.k.a designer utk my weddding dress..... Selepas raya hari tu jumpa butiknya tak tersengaja di alor setar. terus masuk dan tanya quotation. Harga yang dia letak sangat mengejutkan tau berbanding kat KL ni yg berlipat kali ganda... Malah tailor kat KL yg banyak bangai cendawan tumbuh selepas hujan terutama fresh graduate dari uitm Shah Alam yg besa cek tanya, harag dah sama dgn tailor yg ada nama @ yang dah banyak pengalaman. jahit belum tentu elok ke idak.....
Tailor yg jumpa ni, Alhamdulillah tgk baju yang dia display kat butiknya, cantik-cantik menetepati citarasa cek yg bukan-bukan ni. hahahhaha... Nak jadi drama swasta melayu bin hindustan di hari jumaat ni, try inbox dia nak kompemkan raya haji balik kampung nak hantar, tapi dia kata:
"TAK BERANI JANJI LA" !!!! mahu pengsan gue baca dia punya reply! adoila, celah bedah mana plak nak pi cri ni. kat KL memang banyak, tapi tak tau la mcm mana! yang tu doko tau dah anak jati kedah, sekurang-kurangnya i support anak melayu kedah sengeri dgn cek! wah gitu.....
Terus angkat fon, and calll!!!! panjang lebar aksi pujuk memujuk pun dah terjadi, ingatkan dah setel bab tailor, tiba-tiba plak dia mengharukan kepala ni yg makain hari makin tensen nak setel bab kawen! Dengan kata lain, akhirnya dia setuju.... yeaaayyyyyyyy. Happy senyum sampai esok pagi! tapi cek pun kena terima keputusan dgn berat hati iaitu, "JANJI BAJU SIAP DULU", maksudnya kain pakainya ambik kemudian... erkkkkk.... Oklah, cek nak siap awai pun bukan apa, nak ambik jahit beads plak. kang suh dia jahitkan, lagi lama la proses tu, dan lagi banyak la dia charge..... huhuhuhu
Oklah keputusannya, baju siap dulu.... kain kemudian ambik sebab kain ada rumit sikit sebab nak buat flowy-flowy mcm baju cinderella....mula la nak ada citer fairy tale kat sini..... hhehehehhe...... Ok lah, drama swasta tadi abis disitu yg hampir luruh jantung ginjal semua. mcm nak ambik letak tepi jer!
Mudah-mudahan nanti berjalan dengan lancar la, takmo la nak mimpi-mimpi seram bab-bab baju ni.... takot! Inshallah. Amin. Doa-doakan ye. :)
No comments:
Post a Comment