Tuesday, December 11, 2012

KAD KAHWIN

Ok hari  ni dengan tinggi nya keyakinan ni mengharapkan jalan-jalan KL tak jam seperti biasa kerana hari ni adalah hari keputeraan Sultan Selangor... So memang rakyat jelata negeri Selangor ramai yg beristirehat dirumah..... Dengan semangat, set time, lepas keja sharp 6pm nak shoot pi KL nak tempah kad kahwin.... Hahhaha.

Sharp-sharp kul 6, cek dah tunggu kat gate kluar opis, tunggu kekandaku datang menjemput, sbb dia arif jalan kat KL dan dia jugak la yg suggest tempat tu. So dengan hati riang masok Highway Sg. Besi... Laluan trafik semua bejalan lancar, sehinggalaaaaaaaaaahhhhhhhh, masok Jalan Tun Razak! Omaigod, lampu-lampu merah berkedipan sana sini memenuhi ruang jalan. Jammed yg tiada kesudahan.

Jam 6.30ptg still sangkut dlm jam. Hmm, tawakal je lah masa tu, harap2 sampai Medan MARA sebelom kul 7mlm.... sampai la jugak hampir-hampir pukul 7 gak. Dengan hati penuh tawakal dan berdebak-debuk takut kedai tutup....

Bila dah mencecah kaki di Medan MARA, Alhamdulillah, ada la satu dua kedai masih dlm proses nak TUTUP! Apa lg, tanya la harga sana-sini...

Kedai-kedai ni pun satu, taktik depa nak main harga, tapi bila org tanya satu-satu, mulalah muka macam *^%##$!^*!.... kalo tak ambik/beli lagilah mukan macam bubur durian basi! lantaklah korang.... Pusing-pusing, akhirnya jumpa satu kedai ni, kedai dia cinonet kecik jer... setiap kad di letakkan harga, so senang la customer nak tengok-tengok dan belek-belek... Layanan akak kedai tu pun ramah saja... macam tu lah orang melayu, baru kita kata pandai berniaga...

Masok kedai tu, tak bnyk cakap sgt, tengok kad terus bekenan, tengok harga lagi rasa lega, murah la jugak, Alhamdulillah. Akhirnya terus tempah dan tak banyak citer dah... kita tawakal je lah ye, semuanya berjalan lancar dan tunggu produk siap ye, nti kita post....


No comments:

Post a Comment