Thursday, October 25, 2012

100 HARI LAGI

Phewwwww..... Tengok la tu "100 hari jer lagi"! Aauuuccchhh... Hari ni adalah hari terakhir untuk menikmati angka yg ada tiga digit jer..... kalo tolak hari ni makanya tinggal 99hari je lagi tinggal sebelum majlis...:)



Adeh, rasenya, tak de benda sangat yang buat.... semuanya hanya dalam kepala jer, tapi belum mula pun... camner ni? hanya ada dua tangan utk digunakan dan dua kaki utk digerakan..... Jap lagi nak balik kampung, menghadap jammm yang tak dpt dijangka kan.... Esok RAYA Aidiladha..... tahun ni tak de buat korban apa-apa, so raya biasa-biasa jer... Inshallah, tahun depan dah ada keluarga sendiri, so mungkin boleh plan buat korban di tahun pertama, wah verangannnnnn lagik! kehkehkeh. Inshallah, kalo ada rezeki, boleh sajok.....


Friday, October 19, 2012

CUTI-CUTI 2013

Untuk perancangan tahun depan, so kena tengok kalender siap-siap, so senang nak bergerak... tak gitu! Disebabkan banyak perancangan besar-besaran untuk tahun depan, jom tengok date-date yang best... :)



Thursday, October 18, 2012

Kamera Polaroid

Ok sebenarnya belom decide nak buat photho booth ke tak! Kalo buat, mesti best kan, sebab boleh terus snap picture kat situ, tampal, dan tetamu sekalian boleh buat wish untuk pengantin.... hahahhaa. mesti best....

tapi
kat mana nak dapat kamera polaroid ni?
Harganya mahal tak?


Comelkan camera ni :)  Boleh gak buat koleksi, bawa kemana saja, snap pic, dan macam-macam lagi. :p

Wednesday, October 17, 2012

MENGAH TENGOK SENARAI

Minggu ni Mr. Bambam minta senaraikan perkara-perkara yang perlu diselesaikan dalam minggu ni.... aicehhhhh.....
  1. Busana Pengantin Lelaki
  2. Kursus Kahwen
  3. Kad Kahwen
  4. Passport
  5. Kereta
  6. Rumah
  7. Ujian HIV

Dalam pemikiran ni, ada beberapa jawapan yang boleh didengar dan ada yang takde jawapan! huhuhuu


  1. Ok, sabtu ni pi Jakel/Gilatis cari kain....
  2. Dah jumpa tempat yang berkenan, harap-harap ok, sebab tengok review bloggers pun best jer tapi BELUM BOOK!!
  3. Sabtu ni nak pi pameran pengantin nak survey harga, kalo ada berkenan terus book jer
  4. Tak pasti yang ni untuk apa, yg pasti opis imegresen buka sabtu&ahad (8am-1pm)
  5. Dokumen semua dah lengkap kecuali KWSP jer
  6. Kena survey lor, ngak boleh tarm suka jer.... ni yang pening sket!
  7. Call smpi nak tecabut jari ni, tapi takde yg bejawab pun... klinik tu cuti ke hari ni! huh!
~minggu ni Mr. Bambam nak turun KL..hehheheh :)~
Rasa-rasa la kan,
 boleh
ke
selesaikan semua tu dalam DUA hari!!!
Inshallah amin...

Tuesday, October 16, 2012

PERANG DIET BERMULA

Harini datang keja dengan senang hati..... hehhehe.. tak tau kenapa... yang pasti senyum meleret sepanjang jalan.... Kenapakah?

Oh, hari ni pakai baju kemeja pi opis rasa macam LONGGAR seket..... ;p   wahhhhh, diet ku berkesan kah? Iye la kot. Dah dua minggu ni bersemangat tegar dan pulun habis-habisan melawan untuk diet. Dah cuba pelbagai cara sampai tak makan nasi langsung pun, badan tetap tak nak turun! Munkin sebab ambik mee kuning kot.... ntahla...

Yang pasti, dah dua minggu ni, hari-hari makan nasi tapi nasi BERAS PERANG! Hmmm, rasanya ok-ok jer, tapi lebihkan SAYUR HIJAU dan utamakan IKAN! disyorkan makan daging putih! Jangan ambik daging merah dalam diet harian... munkin seminggu sekali ok kot kalo nak makan steak... kehkehkeh...

Dengan semangat membara ni, kena tetapkan hati supaya kata TIDAK untuk:

  • Minuman bergas
  • Minuman bergula
  • Makanan berasaskan planta/butter -----> Roti/Bun/Pastri
  • NO makanan Ringan
  • NoOooooo Fast FooOOOdDD
(nanges bila lalu tepi McD and Domino's)

Rakyat jelata sekalian,
tolonglah beri sokongan padu untuk hamba terus berjuang di medan perang ni,
sangat la tercabar
 fizikal dan terutama mental ni tau....
 Tempoh yang singkat ni memerlukan tenaga keringat yang sangat padu lagi jitu......
wink-wink

**semasa menulis halaman ini, kepala ku pening-pening, perut berkeroncong minta makanan!!!! uwuuaaa.... :(**

Monday, October 15, 2012

BLOG AKU DAH MERENG!!! :(

MalassssSsss nak update sebab tengok blog ni dah mereng! ada ke patut tang TRAFFIC tu dia preview "0". sedih sangat! walaupun pengikut tak ramai dan kaki sekodeng pun tak banyak mana, hmmmm tapi setidak-tidaknya tu memberi semangat nak update selalu. Tapi kenapa jadi macam tu pulak????? Uwwwuuuaaaa..... Mahunya remove jer benda alah tu dari aku tatapkan ia lagi.... buat sakit mata jer tengok!


Pape hal pun cek tujukan lagi ni buat seseorang, khas yang teristimewa jer...... R***** tau! :(

Sunday, October 14, 2012

MISI MENCARI KAIN NET DAY 2

Dengan hati yang semangat bin waja ni, awa-awai dah bangun, lepas mandi cepat-cepat keluar, sebelum orang sedar. Dalam pukul 9.15 kuar pi Shah Alam kat Seksyen 7. kat situ ada Jakel, Gulatis, dan Maya! Kalo takde jugak tak tau lah! malas nak masuk KL. tak tau jalan!

Dengan ingatan lupa-lupa tak ingat, hahaha, camner tu? pegi la sorang-soarang tergagau cari jalan.... ikut signbord dengan mata yang rabun (spec mata mak kasi ilang, mak simpan, tapi mak lupa letak mana.... mak korang  penah buat?).... redah jugaklah... Alhamdulillah sampai dengan hati tenang tanpa sesat pun! Bijak...

Sampai kul 10 pagi, kedai belum bukak lagi... tunggu jap... pegi Jakel dulu... yeaaayyy ada kain net warna putih.... Harga semeter RM38/meter... mak oiiiiiii... pepagi dah cekik darah... minta kurang dapat RM35 jer! dengan lara hati, turun jer bawah, pegi bahagian kain chiffon... ingat nak beli nak buat seledang.... Harga RM16.90/meter kot. mak aiiii... SA tunjuk chiffon jojet plak (cam tu ke eja, hentam lah), kain ok, pegang sedap, harga RM8.50/meter... minta dua meter dapat la RM15... kurang dua hinggit, ok la...

Pi Gulatis pulak, ada kain net putih, harga RM19.90/meter.... minta kurang dapat RM19 jer... kedekut la SA ni... tapi Gulatis memang susah nak minta kurang... takpe lah ambik dua meter, turun nak bayar kat kaunter... minta kurang kat Bai yg jadi cashier tu, 2 meter RM 35, dia kata OK.... Akak tu jer yg kedekut! :p

Makanya, jumlah keseluruhan dalam RM 50 jer wang yg dibelanja unuk veil  dan selendang ni..

Yeay masuk kereta, terus balik rumah. Dengan hati yang gembira dan berbunga-bunga..... Sampai rumah terus potong kain net tu.... Nanti cek update ye, kain net yang dah siap potong... hehehhehehe! Peace.

Saturday, October 13, 2012

MISI MENCARI KAIN NET

Abis citer kena tipu, ada lagi chiritera nak cari kain net..... Alah kain yang buat veil tu, kalo tak tahu gak, tanyalah cik google! Alang-alang kat area bangi, pusing-pusing la kat bangi tu cari kain net... kedai pertama yg nampak Gulatis Silk House, gembiranya sebab setel masalah. Panjangtlah sampai ke tingkat dua, yang ada hanya warna krim etc. Warna putih TIADA!

Pusing lagi ke Giant Bangi, lagilah takde kedai kain, pegi pulak Kompleks yg kat McD kat bangi, lupa plak namanya, pun tak dak gak! tanya-tanya orang kat situ, ada ke patut dia suruh pi Nilai, aduh sebak dada dengar. JAUH!

Balik ke Puchong, pegi IOI. dalam tu ada kamdar, masuk, yg ada semua warna kecuali Putih :(. pegi pulak Tewah dalam IOI gak, ynag ada warna hitam, ish-ish-ish takkan nak pakai veil color hitam.... tapi ada orang buat kot. ntahla apa dia orang pikir.... So balik dengan hati yang geram dan penat.

Dah la nak tido, ok bai, selamat malam...... Hari yang tak best buatku!!!! Mudah-mudahan esok ada pelangi untukku.. Amin.

JANGAN TIPU PELANGGAN

Nak jadikan chiretera, cek ada beli satu girdil. kira murah je lah, rekemen oleh seseorang. Mula-mula nak beli brand SPANX tu sebab baca dari bloggers yg riview pasal SPANX sangatla memuaskan, tapi mahal sangat tapi taklah semahal Premium B sampai tercekik tulang kalo nak bayar.

So belilah kat hamba Allah ni yg berniaga online. cakap bukan main manis, bila tanya produknya memang terbaiklah, dan yg best murah! dah SUSPEN tu! ok takpe, kita cuba. tengah duit2 takde ni, belilah juga. So pagi tadi pi cek peti surat, dah agak dah, dapat notification dr abg pos suh pi ambik sendiri kat POST Opis @ Bangi! Adeh kat mana tu?

Terkedek-kedek la lepas asar pegi cari sekor-sekor, masuk jer jalan ke pekan Bangi, nampak mat motor bawa surat bebenyak aka posmen la tu! ikut dia dengan senang hati, tapi yg cek jejak adalah gudang diaorang! hampeh! Patah balik kuar terpusing-pusing, rupanya kat depan jalan masuk tadi jer. So pi lah kutip parcel yg dinanti-nanti kan.

Dah dapat, masuk keta, buka dekat situ jugak, so firasat hati 100% betul, makanya cek TERTIPU! Terbang duit lagi!!!! Adoi dah la tak de duit, pi beli barang, tertipu plak. macam nak marah jer akak tu jual barang aniaya org macam tu! tapi tak sampai hati, pasrah je lah....

Dah balik rumah, sampai pukul 8 malam gak lah, letih, makan n nak tido! Godek-godek la FB, ternampaklah status akak ni, anak lelakinya dan maknya naik moto kena langgar dgn kereta. Kesian dia. Tapi ada kesinambungan ke dengan cerita cek ni? Entahlah!  Yang pasti, kita ni orang Melayu berbinkan Islam tahu hukum hakam halal haram, so nak berniaga tu, kalo produk tu murah, tak kisah tapi JANGAN MENIPU dalam memberi keterangan.... Duit untung yang anda dapat tak kemana dan lama pun boleh pegang! Silap-silap hilang macam tu jer, sebab duit tu bukan HAK anda sebenarnya.... Ingat-ingat.... Wallahu'alam.....

Meh cek bagi ceramah sikit, ingat-mengingati sesama Muslim :) (tak rugi pun)

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” 
                                                                                                                         (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Ayuh, mari kita lazimi produk halal Thoyyiba dalam kehidupan kita.  
Makanan Halal, Membantu membentuk Keluarga bahagia, Masyarakat Sejahtera

Firman Allah SWT: 
“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” 
(QS Al-Maidah: 88)
Antara kebaikan kita melazimi yang halal dalam kehidupan seharian  kita ialah, mustajabnya doa hamba itu.
Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.;

 “Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”. 
Lalu Rasulullah berkata kepadanya;
يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من السحت والربا فالنار أولى به (رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن عباس).
“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”. 
                                           (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Thursday, October 11, 2012

PAMERAN PENGANTIN BULAN OKTOBER

Ada lagi wei pameran pengantin..... kali ni kat Wangsa Walk pulak... adeh la.... Bila la dapat pegi ni?? Nak ajak Pizah, dia dah kalot dengan baby Danish.... Hmmm, nak jak kakcik, nanti Izz buat hal tempat panas-panas macam tu.... Mr Bambam plak, hmmm tak yah la nak mencuba nasib ajak dia..... PEGI SENDIRI? ahhhahahaha... Boleh cuba ni, tempat tu pun ingat-ingat lupa, yg pasti dah dekat rumah pizah, apa-apa hal, boleh lepak umah pizah!!! kan! Tengoklah macam mana nanti! :(

Tuesday, October 9, 2012

115 HARI LAGI




Tak suka counting-counting ni.... tapi al-maklumla excited uols...:p


Ingat tak cite Guest Book? Hmmm, dari dok pening kepala pikir nak buat sendiri bagai semuakan, baik buat macam ni jer kan. Simple and Practical.Lagipun, boleh tahan mahal gak guest book ni kalo beli/tempah...... Pic yg kat tengah tu boleh dibuka utk digantikan wedding picture, frame tu gantung kat wall rumah.... mesti Ingat sampai bila-bila.... hmmmm, CLEVER la u! 

**kredit pic to cik puan google. :P 


Saturday, October 6, 2012

SONGKET PUTIH IDAMAN KALBU

Suka tak post tu? hmmmm, sukakan! Kalo tanya cek, lagi - lagi - lagi la cek SUKA... hahahahahha gelak gumbira lagi sakan untuk dua tiga bulan.... boleh? :p

Tersebutla chiritera turun ke Melaka, semata-mata nak beli songket... jauh tak hingat. nasib baik cek tak pi Terangganu, kalo tak rabak terus poket seluar balik KL... Macam la kat KL tak de kan.... sebab tak de lah yg pegi menerjah sampai ke Melaka. Sebelum pegi ke Melaka, dah call Noor Arfa cawangan kat KL, tanya ada ke tidak songket yg hendak nak dicari... Bila call, tanya satu soalan jer - Songket Bunga tabur ada tak? Songket Bunga penuh ada tak? Orang yg nak jawab tu pun blur-blur, akhirnya dia cakap dia baru masuk keja dua hari kat situ!

Hampeh! kalo iyapun, kau tu melayu kot, takkan tak tau kain-kain tradisional ni!!! kau dok celah bedah mana ni, songket pun tak tau... pape je lah. Pastu call branch yg kat Melaka, SA tu kata, ada. Malah +++++++++ dengan diskaun 40% lagi. WOW. Sungguh mengujakan!

Pegilah cek dgn Mr. Bambam, sampai ada drama swasta pelbagai cerita. takpelah tolak ketepi la pasal tu... Kita ingat moment yg indah-indah jer... Akhirnya jejaklah juga ke dalam ke Noor Arfa Melaka Batik House.... Kalo tengok dari luar, mcm segan nak masuk sbb tempat mcm eksklusif sgt.. Tapi service terbaik, SA pun ramah tamah.... Cuma cashier dia jer macam tak sudi nak jual.... Muka kelat. Lantak la ko, tak menjejaskan apa-apa pun.....

 Biasalah apa yg dirancang, selalu tak menjadi.. Bila dah sampai tu, dok belek-belek, ada plak sepasang songket color hijau terang! Aduh dah bekenan sangat ni... Payah-payah, mulalah buat hal kompius nak ambik yg mana.

Akhirnya kuatkan semangat untuk beli apa yg diidamkan dan hajati bukannya berpandukan godaan semata-mata.... :) So, ni lah yang cek dapat......... Alang-alang terus daftar jadi member, so boleh la dapat harga ahli bila membeli-belah di Noor Arfa lagi...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

dan lagi dan lagi dan lagi

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Songket bunga tabur color putih

Yeayyyy dah jadi member!!!!

Dan juga berkenan dengan kaftan-kaftan nya yg sedia maklum, cantik! Nanti nak pegi lagi, nak beli kaftan plak..... Mr. Bambam, tolong banjekan cik tunangmu ini mini kaftan yg boleh digayakan dgn jeans/skirt ye nanti. TQ. :p

Friday, October 5, 2012

TAILOR oh TAILOR

Baru jer kejap tadi call dgn my tailor a.k.a designer utk my weddding dress..... Selepas raya hari tu jumpa butiknya tak tersengaja di alor setar. terus masuk dan tanya quotation. Harga yang dia letak sangat mengejutkan tau berbanding kat KL ni yg berlipat kali ganda... Malah tailor kat KL yg banyak bangai cendawan tumbuh selepas hujan terutama fresh graduate dari uitm Shah Alam yg besa cek tanya, harag dah sama dgn tailor yg ada nama @ yang dah banyak pengalaman. jahit belum tentu elok ke idak.....



Tailor yg jumpa ni, Alhamdulillah tgk baju yang dia display kat butiknya, cantik-cantik menetepati citarasa cek yg bukan-bukan ni. hahahhaha... Nak jadi drama swasta melayu bin hindustan di hari jumaat ni, try inbox dia nak kompemkan raya haji balik kampung nak hantar, tapi dia kata:

"TAK BERANI JANJI LA" !!!! mahu pengsan gue baca dia punya reply! adoila, celah bedah mana plak nak pi cri ni. kat KL memang banyak, tapi tak tau la mcm mana! yang tu doko tau dah anak jati kedah, sekurang-kurangnya i support anak melayu kedah sengeri dgn cek! wah gitu.....

Terus angkat fon, and calll!!!! panjang lebar aksi pujuk memujuk pun dah terjadi, ingatkan dah setel bab tailor, tiba-tiba plak dia mengharukan kepala ni yg makain hari makin tensen nak setel bab kawen! Dengan kata lain, akhirnya dia setuju.... yeaaayyyyyyyy. Happy senyum sampai esok pagi! tapi cek pun kena terima keputusan dgn berat hati iaitu, "JANJI BAJU SIAP DULU", maksudnya kain pakainya ambik kemudian... erkkkkk.... Oklah, cek nak siap awai pun bukan apa, nak ambik jahit beads plak. kang suh dia jahitkan, lagi lama la proses tu, dan lagi banyak la dia charge..... huhuhuhu

Oklah keputusannya, baju siap dulu.... kain kemudian ambik sebab kain ada rumit sikit sebab nak buat flowy-flowy mcm baju cinderella....mula la nak ada citer fairy tale kat sini..... hhehehehhe...... Ok lah, drama swasta tadi abis disitu yg hampir luruh jantung ginjal semua. mcm nak ambik letak tepi jer!

Mudah-mudahan nanti berjalan dengan lancar la, takmo la nak mimpi-mimpi seram bab-bab baju ni.... takot! Inshallah. Amin. Doa-doakan ye. :)

DIY PELAMIN NIKAH & SANDING

Mowink-mownik semua...... nampak tajuk cek post tu.... tegamam jap.... aduh, mau bikin pelamin sendiri? Bisakah? Jangan main-main loe, ini bisa sakit jatung!!!!! apa aku mepek sornag-sorang ni.... bila keja kat opis ni kurang banyak, ni la masanya nak ngulau... hahahhaha....

Rasa mcm membazir sgt bayar ribu-ribu utk dpt pelamin yg cantik tapi apa yg dpt di survey area utara sana, tak banyak butik pengantin yg dpt buat mcm mana dididamkan! kang request macam-macam, harga lain plak, kena tambah duit lagi, kang minta bunga merimbun-rimbun penoh pelamin dah mahal dari hantaran aku plak.... hmmmm... apalah nasib.

Buat sendiri sgt jimat tapi boleh ke terima HASIL nya nanti.... memang tak kan ada org boleh tolong kalo apa2 terjadi. lagipun kalo buat sendiri, ada ja tangan-tangan gatai nak tambah idea yg memburukan lagi pelamin.... HOW?

Survey-survey barang kat internet ni, bukan la nak jumpa sgt, melainkan kena keluar pegi sendiri cari... bila pikirkan KL ni bukan tempatku, celah bedah mana plak nak tuju..... Hmmm, nak ajak org temankan, bukan senang nak dpt yg nk diidamkan, lagi2 dok tawak satu KL, mahunya mencuka je muka seko2....

tapi nak jugak buat pelamin sendiri... BOLEHKA? sekarang ni cuma cari idea mcm mana nak lekatkan bunga merimbun kat dinding. Sudah pasti  ia berat krn banyak bunga yg akn dipakai, tpi mcm mana nak buat. Kalo ada SOLUTION, kompem cek buat sendiri!!!!!

Dapat la beberapa barang yg diperlukan utk diletakkan ditepi pelamin (kalo DIY lorrr) kat http://www.fahleanfloral.com ....... antaranya;



cantik kan!!! bayangkan ia dihias dgn jambangan bunga yg sgt besar.... aduh aduh aduh duh duh...

Bunga orkid yang juntai-juntai ...... pebret ni...

dalamnya letak lampu, mesti ada efect yg cantik.....

Stand kotak kayu ni sgt diperlukan utk letak jambanga bunga besr di tepi pelamin

Letak sisi pelamin

Chandelier ni gantung kat tempat kipas tu....


nak gantung bungai jurai ni penuh pelamin selang seli dgn riben....

Aduh, bila mula ada impian dan angan-angan, inginku jadikannya kenyataan, lagi-lagi di hari kebesaranku nanti, Inshallah, Amin. Mudah-mudahan ada kekuatan utk merealisasikan semua ni, itupun kalo budget itu dibawah atau sama dgn sewa dgn butik pengantin sendiri!!!! :)

Thursday, October 4, 2012

PLATINUM untuk Mr. BAMBAM

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki .
The Ruling Of Man Wearing White Gold
The 52nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st July 2002 has discussed the ruling of men wearing white gold. The committee has decided that men are prohibited from wearing white gold. 
Keterangan/Hujah: 
  1. Emas Putih adalah campuran logam emas dengan logam-logam lain dalam kuantiti yang berbeza-beza.
     
  2. Emas Putih adalah pancalogam yang berbeza dengan platinum walaupun dari segi warnanya sama iaitu putih. Hakikatnya logam platinum tidak mempunyai unsur emas.
     
  3. Jabatan Mufti Selangor telah memfatwakan bahawa hukum haram memakai emas putih sekiranya kandungan emasnya melebihi 50%.
Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:
"halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)


Dah baca fatwa tu? Ok nak info lanjut pi kat link atas tu, ok.....

Cek ingat nak suh Mr. Bambam beli cincin Platinum utk disarungkan waktu nikah nanti... Sebab cincin suasa mahupun emas putih adalah meragukan, jalan selamat adalah PLATINUM.... masalah platinum ni adalah ia sangatlah mahal berbanding emas kuning tau malah takde harga pun kalo juai balik.... Yang cek tau sebab Platinum tu mahal kerana cara pembuatannya amatlah sukar krn memerlukan relau untuk bakar bahan logam ni..... So, takkan nak bg Mr Bambam pakai SILVER??? Ish tak gamak la!!!!! Silver jer kasi, kalo dok tgh berpacaran bolehla bg Silver!!! Tapi tu lah, ada ka budget nak beli Platinum ni????

Adoi, dilemma plak.... Nanti kita pi survey la dgn budget yg ada, huhhuhuhuhuh......