Setelah berhempas-pulas menolong kekandaku pindah rumah, makanya jadilah cheritera malas nak masak... Dapur pun tak siap lagi... Huhuhuhuu... Makanya kita orang beramaramai makan kat luar jer.... Tapi yang bestnya cek dapat snap gambar makanan cek jer....... Yang len dah selamat... Belom sempat lagi ambik, depa dah mulakan acara sapa makan cepat dia menang!!!!!!!!! Hahahahha... Padahal jangan tak tau, sebenarnya dah kebuluran masing-masing.. Ni dia Nasi Goreng Paprik..
Monday, January 31, 2011
Saturday, January 29, 2011
Pulut Mangga Manis
Hujung minggu ketiga bulan di Januari, Cek habiskan masa selama empat hari di timur tanah air di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. Hmmm, negerinya tetap aman dan makmur dan rakyat jelatanya selesa dengan negeri kelahiran mereka. Tidak banyak yang berubah namun cuacanya amat baik sekali jika berbanding dengan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sopan-santun dan kecomelan dan masyarakat sekelilingnya menambat hati Cek... Dengan pengaruh budaya Siam, tidak hairan wajah gadis-gadis Kelantan amat comel-comel dan putih bersih.
Dengan sebab itu juga cara pemakanan rakyat Kelantan dipengaruhi dari Siam atau Thailand. Selama empat hari, satu menu yang tak boleh Cek lepaskannya iaitu Pulut Mangga Manis. Sangat sedap dan terasa dangan lemak santan, manis magga, dan beras pulut yang sangat cantik teksturnya.
Jom kita tinjau cara membuatnya....
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 250gram beras pulut
- 250ml santan
- 1 sudu teh garam
- 1 biji mangga masak (dihiris)
Cara-cara
- Rendam beras pulut semalaman
- Kukus beras pulut hingga masak ( 25 minit )
- Kemudian, masukkan pulut yang sudah masak ke dalam bekas dan campurkan santan bersama dengan gula dan garam. gaul hingga rata
- Kukus sekali lagi hingga gula meresap ke dalam pulut
- Alihkan beras pulut ke dalam bekas dan campur dengan santan. gaul rata
- Kukus sekali lagi untuk seketika hingga masak
- Siap untuk dihidang dengan mangga manis
PULUT MANGGA MANIS |
Pencarian Imam Muda musim ke-2 Bermula
Kini bermula bagi pencari Imam Muda untuk musim kedua bagi tahun 2011. Sesi ujian adalah terbuka kepada semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa ( Bahasa Arab & English adalah satu kelebihan ) dan mestilah berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
Untuk sesi ujibakat, anda boleh ikutinya di
- 22 – 23 Jan 2011: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, Johor
- 28 – 29 Jan 2011: Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan
- 11 – 12 Feb 2011: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah
- 19 – 20 Feb 2011: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang
- 26 – 27 Feb 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah
- 05 – 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
Sila bawa bersama salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim, mempunyai pengetahuan agama Islam dan mempunyai pengetahuan umum serta hal ehwal semasa yang cukup baik. Ia bakal bersiaran pada 25 April 2011 di Astro Oasis.
Subscribe to:
Posts (Atom)