Friday, December 30, 2011

:: 2012 is cominggggggggg ::

Salam semua....

Tinggal sehari je lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2012...... Sepanjang tahun 2011 banyak benda telah diuasahakan dengan penuh kesabaran dan banyak juga rintangan yang ditempuh dengan penuh kesabaran dan redha....
Mesti ada yang dah tertunai wishlist anda semua untuk 2011 kan....... mesti yang berhajat nak kawen, dah kawen pun, nak tungu kelahiran anak sulung pun dah tertunai, nak pegi Las Vegas kota yang banyak Syaitan tu pun dah ada yang sampai, yang nak naik pelamin sekali lagi entah keberapa kali pun ada jugak, ada yang teringin nak tengok musang berjanggut, itu tak tau lah tertunai ke tak.........!!!! hahahahha.... apa aku merepek meraban sorang-sorang ni..... sO tertunaikah semuanya.....

Alhamdulillah hajat untuk bertunang dan dipinang oleh si Jejaka pilihan telah dimakbulakan Allah pada 17 December 2011 dua minggu lepas.... Semuanya berjalan dengan lancar... Nantilah cek syer2 gambarnya, ok... hehhehe.. :) ...... Best tau.... gilos-geli aku ni, syok sendiri ke hape!!!

untuk 2012 wishlist tu dia sat gi cek senaraikan, rasenya boleh tertunai ka? Inshallah dengan usaha dan berkat dari-Nya, pasti dimakbulkan-NYA.... amin...

Huhuhu.... tak pe lah cek senaraikan dalam hati je lah. malu nak bagitau  hampa semuaaaaaaa......... hehehe...
  

Mulai tahun depan, cek akan bergiat aktif untuk meng Update blog ku yang dah usang ini.....

Saturday, July 9, 2011

Spagetthi..........Italian menu for today....

Sejuk-sejuk ni tetiba nak makan sesuatu yang melazatkan tekak dan sangat baik untuk tumbesaran badan.... Ngeh ngeh ngeh..... tu dia Spagetthi yang lemak berkrim disukai ramai.... ala sekali-sekala apa salahnya makan benda-benda macam ni... bukan hari2 masak pun kan.... hmmmm tengoklah gambar dibawah tu....

Spagetthi + Sos Merah  + Sos Putih
Haiiiipppppp, sampai menitik ayaq liuq tu pasai apa... berjujuran lagi tu... nauzubillahhh.... Apa lagi, pi la buat.... ataupun jamu mata sudahla kat sini no.... ala tersilap beli plak spagetthi tu... tak tengok langsung kecil ke besaq... pakai ambik jer... tak pelah janji spagetthi... nyum nyum nyum...

Spagetthi
Biasanya orang dok buat dengan sos merah tu jer... Jemu la cek... So, nak nambahkan lagi kesedapannya, cek buat tambahan dengan sos putih..... cuba try test tengok....... hehhehhehe.
               
Sos Putih
Sos Merah


Bahan-bahan

500gm daging kisar 

1 tin besar pati tomato (puree)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh mixed herbs (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung



Cara Untuk Buat Sos

1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.

2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.

6. Masukkan mixed herbs dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spageti.


Sunday, June 26, 2011

dOnut da bOmmmmb...

dOnut

sLamat petangggggg.... hari ni sangat-sangatttttt teruja nak buat dOnut.... dah lama beli barang-barang nak buat donut tapi tersebutla cheriteranya uLat-ulatku telah hilang.... ntah la mana pi larinya ulat-ulat tu..... oh ulat-ulat adalah bersamaan dengan yis.... hehhehehee... nampak donut cek tu yang tembam ala-ala tuannya gak.... hahahahha...

dah ada semua barang ni, bemula la aktiviti buat donut..... hahahhaha.... dan hasilnya macam ni haaaa.....

adunan ku yang mengembangggggg...

dibentukan....

siap digorenggggg...


walaupun tak bapa nak lawa donut tu..... tapi amat mengagumkan hasillnya.... wah puji diri-sendiri plak.... hahahhaha... jom kongsi resepi......

Bahan-Bahannya:
  •    1/4 cawan air suam
  •    1 1/2 cawan susu segar (pada suhu bilik)
  •   1/2 cawan gula halus
  •    1 sudu kecil garam
  •     2 biji telur
  •     1/3 cawan shortening/butter
  •     5 cawan tepung gandum
  •     Minyak 
     Cara -Caranya:
  1.   Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk, biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2.  Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening dan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tutup mangkuk dengan kain lembab.
  3. Canaikan doh tadi. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  4. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  5.   Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan.
  6.  Toskan minyak.
  7.  Setelah sejuk bolehla digaulkan dgn gula.


Sunday, April 10, 2011

SAMBAL TUMIS PETAI BIN UDANG

Wah hari ni dan dua tiga hari ni hujan jer manjang.......maka teringin nak makan sambal2 jer.... ternampak plak tadi kat pasar, petai bergantungan, zasssssss beli dan balik masakk sambal tumis petai bin udang ler...... sedap dimakan begitu saja tau....... kita orang memang hantu sket bab2 petai nih......... pantang jumpa.... hahhahaha..

Lagi sedap cek kahwinkan sambal tumis petai DENGAN masak lemak pucuk manis....


MASAK LEMAK PUCUK MANIS DAN UBI

SAMBAL TUMIS PETAI

Jom skodeng resepi yang senang bangat nih adik-adik kakak abang pakcik makcik........... 

Bahan-Bahannya:


Sekilo  udang 

5 papan petai  (ambil isinya jer tau sebab ada yg suka ambil kulitnya)

30 tangkai cili kering *

3 biji bawang besar *
6 biji bawang putih kisar*

1/2 s/k belacan *

Air asam jawa

Garam 

Minyak masak untuk menumis
*Satukan dan kisar


Cara-Caranya:



1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar tadi
2. Masak lada hingga naik minyak

2. Masukkan air asam jawa 

3. Masukkan udang dan petai (jangan terlalu lama) 

4. Tambah garam

5. Siap dan sedia dihidang dengan nasi yang masih panas…


TOUR TO PASAR BORONG

sLamat tengahari.... best tak tajuk? hmmmmmm, hari ni berkesempatan melawat pasar borong di Sri Kembangan... Nak jadikan cheriteranya, dalam pukul satu petang baru terhegeh-hegeh nak start enjin keta.... macam biasa dalam kepala ni pikir, mesti ikan2 yg tinggal smua dah ilang kepala tak pun pecah pewot.... nasib la...... dengan semangat nya rombongan cek kiah pi pasar borong berama-ramai..... hahahhaha...

Sampai jer....... keta memang confirm  dua tiga biji jer yang ada.... lori ikan tong kosong banyak la bespah2 tepi jalan..... jejak jer kaki kedalam, alagkah terkejutnya, munkin rezeki pada hr ni, ikan masih belambak2 dan boleh dikatan fresh walaupun semuanya ikan ais batu tapi tak lah mengecwakan pi pasar kul satu petangg...... hehehheheh....

so tak delah nak berebut parking keta ke apa ke...... cuma yang tak best kenapa harga ayam terlalu mahal dr pasaraya2 besar samapai ada RM7.50sekilo.... hmmmmmmmmm tak patut btol!!!! harga sekor ayam dah sampai RM14-RM20.... biaq betoiiiiiiii??????? so jgn la marah kalau awak juai ayam tk laku!!!!!!!!!!!!! 

Jgn banyk cter, kita jengok plak gambar yg sempat diambil, ok..... 

LADA
CENCARU
GANTUNGAN DAGING


KEMBUNG

KEPINGINNNNNNNN.....................IKAN MERAH

IKAN MAYONG

NYIUR

SAYUR-MAYUR

PEWANGI & PENYEDAP

SOTONG + UDANG

Sunday, March 27, 2011

LONTONG & THE GENG


 sLamat pagi semua..... wah bestnya pagi ni dapat makanan yang best walaupun tak pagi sangat tapi disebabkan bangun lewat so dapatla buat masakan ni sekali harung dengan makan tengahari.... sebenarnya ni antara menu utama johor sebelah pagi.... hmm pagi2 dah dapat makanan yang best macam ni... tak dapat dilupakan... petang nasi lagi.... wah nampaknya membina badan gayanya ni... jom la jangan segan silu tengok menu hari ni,,, nak bau, datang la umah..HEHEHHEHEHHE.. ni lah antara geng-geng lauk lontong yang disatukan apabila dimakan........... semuanya best....

                                                                                                             





BAHAN KISAR:
















Saturday, March 26, 2011

PISANG YOU KELAT

sLamat petang semua........ wah entry... macam mana citer haaaa? nak jadikan citer memang kelat sungguh pIsang tuh... memang tingin nak makan pisang tu tapi ijau bebenor... ada sedara datang dari negeri nun jauh disana, pahang... ada lak buah tangan. Dibawang pisang awak.... tu lah cheriteranya Pisang You..

PISANG YOU GORENG
Pisang ijau trang tang-tangg..... hmmm, memang dah lama ngidam nak makan goreng pisang, malas nak beli tepi jalan.... bukannya tak de orang jual tp tak bape keping sangat yang dapat jap gi.... mcm tahu2 jer, ade plak orang bawa datang pisang fresh dari ladang tau...

Peram dua tiga hari, kuning la kulit nya kat luar... tanpa segan silu, kupas + potong + celup tepung + dan gorengkan.... dan tunggulah ia masak.... inilah rupanya... hmmm menarik tambah lagi dengan sambal kicap...

Masok jer dalam mulut, mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........................ kelat weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tuhan je tau... hampeh!!! tapi ade gak yang manis. tapi tak tahan wei denga kekelatan itu.... apa2 pun impian tercapai gak ler nak makan goreng pisang iaitu GORENG  PISANG AWAK KELAT.. 

RESEPINYA............ mudahnya dek non oiiiiiii....

1/2 peket tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur
garam
air secukupnya

Satukan kesemuanya hingga menjadi adunan yang anda kehendaki > celupkan pisang ke dalam adunan > goreng > makan.

Sunday, March 13, 2011

NASI PUTIH & IKAN GORENG


Minggu ini berkesempatan pulang kehalaman kampung. Dek pokok padi asyik melambai-lambai dalam mimpi, makanya cek pun segera pulang.... Bestnya mata memansang kehijauan negeri tempat lahirku... Wahhhhh bermadah pujangga plak... Dah lama tingin nak masak nasi ayam buatan air tangan sendiri.... cewahhhhhh...

Berbekalkan bertanya kekandaku tercinta dan melihat Ibu Cah memasak nasi ayam, hari ni cabaran disahut iaitu bermulah cheritera buat pertama kalinya Cek Liza masak nasi ayam kat Kampung Pisang.... Percaya tak gambar dibawah ini?????????? Itulah hasilnya.... setelah cek sendiri berperang dengan bara dan asap untuk membakar ayam... gatai sangat nak membuat pembakaran ni... kalau rebuskan je senang keja...