Wednesday, December 12, 2012

12 December 2012

Lamanya tak update apa-apa entry... Rasanya dah dekat sebulan lebih hampir dua bulan....hmmm... bz + penat + ke hulu ke hilir = MALAS.

Inshallah, nanti kalo tak update selalu pun, at least ada la satu dua kan entry  nya.... Hari ni hujan lagi, bertambah-tambah malas la lagi..

Harini 12.12.12... Apa yg istimewa? maybe hari perkahwinanku! Hahahaha. tak penah telintas pun nak ambik tarikh ni... Apa ada ngan tarikh? ntah. Yang pasti, ramai yg kawen hari ni, tak kurang jgak, paksa beranak hari ni, sbb nakkan date tu.... hmmm

Kalo dah Jodoh, Rezeki, Ajal, dah ditetapkan. kita hanya merancang sebaik-baiknya. kalo diperkenan oleh-Nya, apa-apa pun boleh jadi, malah yg tak terlintas di benak pikiran pun akan menjadi....

Sebaik-baiknya, perancangan perlu rapi dan satu lagi, kalo dah nampak rezeki depan mata, ambik, jangan penah menolak... Sebab kita tak tahu apa yg akan berlaku dikemudian hari... Usaha + Ikhtiar + Air Mata + Keperitan + Doa  + Tawakal pasti membuahkan kemenangan.... kalo sebaliknya, terimalah sebagai satu ujian dari-Nya dengan redha dan ikhlas.

Susah sekarang, belom tentu senang kemudian, senang sekarang belom tentu susah kemudian. Semua ini sudah di  aturkan, kita yg mencorakkan dan menghasilkannya.... yang pasti, takkan nampak apa-apa bayangan pun utk masa hadapan.....

Takdir seseorang itu dah tertulis pada bayi yang berusia empat bulan yang dikandung oleh ibunya. Kalo senang, senang la dia selama-lamanya, kalo susah la dia selama-lamanya. Boleh jadi apa-apa pun. Kuasa Allah sangat besar....

Dari hari ke hari, pelbagai situasi diperbentangkan didepan mata ni. Tak mampu meneruskan lagi dgn kata-kata....

Berdoa untuk kesejahteraan semua. amin.








Tuesday, December 11, 2012

KAD KAHWIN

Ok hari  ni dengan tinggi nya keyakinan ni mengharapkan jalan-jalan KL tak jam seperti biasa kerana hari ni adalah hari keputeraan Sultan Selangor... So memang rakyat jelata negeri Selangor ramai yg beristirehat dirumah..... Dengan semangat, set time, lepas keja sharp 6pm nak shoot pi KL nak tempah kad kahwin.... Hahhaha.

Sharp-sharp kul 6, cek dah tunggu kat gate kluar opis, tunggu kekandaku datang menjemput, sbb dia arif jalan kat KL dan dia jugak la yg suggest tempat tu. So dengan hati riang masok Highway Sg. Besi... Laluan trafik semua bejalan lancar, sehinggalaaaaaaaaaahhhhhhhh, masok Jalan Tun Razak! Omaigod, lampu-lampu merah berkedipan sana sini memenuhi ruang jalan. Jammed yg tiada kesudahan.

Jam 6.30ptg still sangkut dlm jam. Hmm, tawakal je lah masa tu, harap2 sampai Medan MARA sebelom kul 7mlm.... sampai la jugak hampir-hampir pukul 7 gak. Dengan hati penuh tawakal dan berdebak-debuk takut kedai tutup....

Bila dah mencecah kaki di Medan MARA, Alhamdulillah, ada la satu dua kedai masih dlm proses nak TUTUP! Apa lg, tanya la harga sana-sini...

Kedai-kedai ni pun satu, taktik depa nak main harga, tapi bila org tanya satu-satu, mulalah muka macam *^%##$!^*!.... kalo tak ambik/beli lagilah mukan macam bubur durian basi! lantaklah korang.... Pusing-pusing, akhirnya jumpa satu kedai ni, kedai dia cinonet kecik jer... setiap kad di letakkan harga, so senang la customer nak tengok-tengok dan belek-belek... Layanan akak kedai tu pun ramah saja... macam tu lah orang melayu, baru kita kata pandai berniaga...

Masok kedai tu, tak bnyk cakap sgt, tengok kad terus bekenan, tengok harga lagi rasa lega, murah la jugak, Alhamdulillah. Akhirnya terus tempah dan tak banyak citer dah... kita tawakal je lah ye, semuanya berjalan lancar dan tunggu produk siap ye, nti kita post....