Friday, January 25, 2013

7 HARI LAGI.......AUUUUWWWCCCH!


OoopppsSss..... nebes tau!!! Tinggal tujuh hari lagi.... macam-macam dalam kepala ni pikir..... nak kawen pun takut! aparaaaa!

Kepala masih diawang-awangan, macam tak pecaya, akan tiba juga hari tu, tujuh hari lagi tinggal! hmmm... macam semua dah sdeia, nak tunggu hari jer langsung..... tapi tujuh hari tu macam lambat sangat nak berjalan! hahahhaha.

Makanya tinggal tujuh hari je lagi nak berhuha-huha-huha-huha! macam la selama ni dok berhuha sangat. Bluerkkk.

Tujuh hari juga untuk title diri ini  digelar bujang. hahahha. Lepas ni nak isi form, kena tick kat kotak  MRS/PUAN/berkahwin.... gitula.... macam ada semangat baru dengan title tu kan... macam nak transform kan dirini ke satu level yg boleh dibanggakan.... Inshallah, dgn izin Allah, pasti baik-baik jer. Pikir positif ok.


LARANGAN UTK PENGANTIN BARU (PEREMPUAN)

Ada beberapa tips utk bakal pengantin baru terutamanya bg kita sebagai PEREMPUAN!!!
 
 
RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :


"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yg berkata : 

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : 
"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. 
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1- SuSu
2-Cuka
3-Ketumbar
4-Apple Hijau

Saidina Ali r.a bertanya : 
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?
"Baginda menjawab : 
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak
Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : 
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .

"Baginda menjawab : 
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

 
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang
Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.

""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Wednesday, December 12, 2012

12 December 2012

Lamanya tak update apa-apa entry... Rasanya dah dekat sebulan lebih hampir dua bulan....hmmm... bz + penat + ke hulu ke hilir = MALAS.

Inshallah, nanti kalo tak update selalu pun, at least ada la satu dua kan entry  nya.... Hari ni hujan lagi, bertambah-tambah malas la lagi..

Harini 12.12.12... Apa yg istimewa? maybe hari perkahwinanku! Hahahaha. tak penah telintas pun nak ambik tarikh ni... Apa ada ngan tarikh? ntah. Yang pasti, ramai yg kawen hari ni, tak kurang jgak, paksa beranak hari ni, sbb nakkan date tu.... hmmm

Kalo dah Jodoh, Rezeki, Ajal, dah ditetapkan. kita hanya merancang sebaik-baiknya. kalo diperkenan oleh-Nya, apa-apa pun boleh jadi, malah yg tak terlintas di benak pikiran pun akan menjadi....

Sebaik-baiknya, perancangan perlu rapi dan satu lagi, kalo dah nampak rezeki depan mata, ambik, jangan penah menolak... Sebab kita tak tahu apa yg akan berlaku dikemudian hari... Usaha + Ikhtiar + Air Mata + Keperitan + Doa  + Tawakal pasti membuahkan kemenangan.... kalo sebaliknya, terimalah sebagai satu ujian dari-Nya dengan redha dan ikhlas.

Susah sekarang, belom tentu senang kemudian, senang sekarang belom tentu susah kemudian. Semua ini sudah di  aturkan, kita yg mencorakkan dan menghasilkannya.... yang pasti, takkan nampak apa-apa bayangan pun utk masa hadapan.....

Takdir seseorang itu dah tertulis pada bayi yang berusia empat bulan yang dikandung oleh ibunya. Kalo senang, senang la dia selama-lamanya, kalo susah la dia selama-lamanya. Boleh jadi apa-apa pun. Kuasa Allah sangat besar....

Dari hari ke hari, pelbagai situasi diperbentangkan didepan mata ni. Tak mampu meneruskan lagi dgn kata-kata....

Berdoa untuk kesejahteraan semua. amin.








Tuesday, December 11, 2012

KAD KAHWIN

Ok hari  ni dengan tinggi nya keyakinan ni mengharapkan jalan-jalan KL tak jam seperti biasa kerana hari ni adalah hari keputeraan Sultan Selangor... So memang rakyat jelata negeri Selangor ramai yg beristirehat dirumah..... Dengan semangat, set time, lepas keja sharp 6pm nak shoot pi KL nak tempah kad kahwin.... Hahhaha.

Sharp-sharp kul 6, cek dah tunggu kat gate kluar opis, tunggu kekandaku datang menjemput, sbb dia arif jalan kat KL dan dia jugak la yg suggest tempat tu. So dengan hati riang masok Highway Sg. Besi... Laluan trafik semua bejalan lancar, sehinggalaaaaaaaaaahhhhhhhh, masok Jalan Tun Razak! Omaigod, lampu-lampu merah berkedipan sana sini memenuhi ruang jalan. Jammed yg tiada kesudahan.

Jam 6.30ptg still sangkut dlm jam. Hmm, tawakal je lah masa tu, harap2 sampai Medan MARA sebelom kul 7mlm.... sampai la jugak hampir-hampir pukul 7 gak. Dengan hati penuh tawakal dan berdebak-debuk takut kedai tutup....

Bila dah mencecah kaki di Medan MARA, Alhamdulillah, ada la satu dua kedai masih dlm proses nak TUTUP! Apa lg, tanya la harga sana-sini...

Kedai-kedai ni pun satu, taktik depa nak main harga, tapi bila org tanya satu-satu, mulalah muka macam *^%##$!^*!.... kalo tak ambik/beli lagilah mukan macam bubur durian basi! lantaklah korang.... Pusing-pusing, akhirnya jumpa satu kedai ni, kedai dia cinonet kecik jer... setiap kad di letakkan harga, so senang la customer nak tengok-tengok dan belek-belek... Layanan akak kedai tu pun ramah saja... macam tu lah orang melayu, baru kita kata pandai berniaga...

Masok kedai tu, tak bnyk cakap sgt, tengok kad terus bekenan, tengok harga lagi rasa lega, murah la jugak, Alhamdulillah. Akhirnya terus tempah dan tak banyak citer dah... kita tawakal je lah ye, semuanya berjalan lancar dan tunggu produk siap ye, nti kita post....