Sejuk-sejuk ni tetiba nak makan sesuatu yang melazatkan tekak dan sangat baik untuk tumbesaran badan.... Ngeh ngeh ngeh..... tu dia Spagetthi yang lemak berkrim disukai ramai.... ala sekali-sekala apa salahnya makan benda-benda macam ni... bukan hari2 masak pun kan.... hmmmm tengoklah gambar dibawah tu....
Spagetthi + Sos Merah + Sos Putih |
Haiiiipppppp, sampai menitik ayaq liuq tu pasai apa... berjujuran lagi tu... nauzubillahhh.... Apa lagi, pi la buat.... ataupun jamu mata sudahla kat sini no.... ala tersilap beli plak spagetthi tu... tak tengok langsung kecil ke besaq... pakai ambik jer... tak pelah janji spagetthi... nyum nyum nyum...
Spagetthi |
Biasanya orang dok buat dengan sos merah tu jer... Jemu la cek... So, nak nambahkan lagi kesedapannya, cek buat tambahan dengan sos putih..... cuba try test tengok....... hehhehhehe.
Sos Putih |
Sos Merah |
Bahan-bahan
500gm daging kisar
1 tin besar pati tomato (puree)
1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh mixed herbs (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung
Cara Untuk Buat Sos
1. Potong dadu bawang besar dan bawang putih.
2. Tomato di mesin dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
6. Masukkan mixed herbs dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spageti.