dah ada semua barang ni, bemula la aktiviti buat donut..... hahahhaha.... dan hasilnya macam ni haaaa.....
adunan ku yang mengembangggggg... |
dibentukan.... |
siap digorenggggg... |
walaupun tak bapa nak lawa donut tu..... tapi amat mengagumkan hasillnya.... wah puji diri-sendiri plak.... hahahhaha... jom kongsi resepi......
Bahan-Bahannya:
- 1/4 cawan air suam
- 1 1/2 cawan susu segar (pada suhu bilik)
- 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu kecil garam
- 2 biji telur
- 1/3 cawan shortening/butter
- 5 cawan tepung gandum
- Minyak
- Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk, biar 5 minit atau sehingga berbuih.
- Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening dan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tutup mangkuk dengan kain lembab.
- Canaikan doh tadi. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
- Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
- Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan.
- Toskan minyak.
- Setelah sejuk bolehla digaulkan dgn gula.